| Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. | ||
| Tip Mengurangkan Tekanan | ||
Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:-
Jiwa kita akan menjadi tenang jika
membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang
susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar
misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum
mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah
bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai
bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan
waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu,
jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Sebagai makhluk paling mulia di sisi
Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.
Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat
taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang
terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan
solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada
Allah.
Allah telah berpesan iaitu jangan
menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya
kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu
mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum
waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah,
Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.
Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang
bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita
perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada
Allah yang Esa.
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan
terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu
adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai
hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan
janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita
juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Orang ramai selalu berkata bahawa badan
yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu
bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar
yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan
menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga
pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Pengambilan makanan yang berlebihan dan
tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja.
Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet
dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan
kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah
jantung, darah tinggi, kencing manis.
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan
individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan
menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap
cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri
merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka
mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan
permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang
Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu
cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
Kita perlu mempunyai satu sikap yang
dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita
tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang
disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh
melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah
yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan
diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu
mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini,
kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih
dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap
lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan
di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh
dengan senyuman.
|
||
| Kesimpulan | ||
| Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya. |
Sunday, October 14, 2012
Mengatasi Tekanan Perasaan Mengikut Cara Islam
Sunday, October 7, 2012
Layani Orang Lain Dengan Bersopan-santun dan Beradab
-Layani orang lain tanpa mengira pangkat
Kita harus mendidik anak kita untuk beradab dan penuh sopan-santun, mengatakan
”Tolong”, ”Terima kasih” dan ”Tumpang lalu” tidak hanya kepada orang yang tidak kita kenali
dan kenalan, tetapi juga kepada keluarga dan teman-teman. Sopan-santun adalah umpama
minyak pelincir yang mengurangkan geseran dalam hubungan antara manusia.
Insan yang terhormat adalah orang yang beradab. Ia menekankan ungkapan marah,
penghinaan dan rasa kecewa kerana menimbang perasaan orang lain serta menghargai damai dan
harmoni dalam masyarakat.
Tentu sahaja, adakalanya orang harus membantah dan bersuara secara langsung, tetapi
bantahan tersebut dapat dilakukan dengan nada dan perilaku yang benar, tanpa harus menghina,
menjerit, menyerang secara peribadi ataupun mengancam.
Cara menunjukkan sikap hormat berbeza-beza, bergantung kepada budayanya, tetapi
kewajipan untuk bersikap hormat terhadap kepercayaan dan tradisi orang lain adalah sama. Jadi,
baik melalui jabat tangan, membongkokkan badan, mahupun pelukan, kita harus memberi salam
dengan cara yang menunjukkan sikap hormat kita, sewaktu berjumpa dan berpisah.
Jika kita tahu seseorang mungkin akan tersinggung dengan bahasa yang kasar atau jenis
gurauan tertentu, kita harus berhati-hati agar tidak mengatakan sesuatu yang boleh menyinggung
perasaan. Jika kita tahu seseorang mempunyai pola makan tertentu, atau keyakinan agama
tertentu, kita harus membantu mereka semampu kita. Dengan kata lain, dalam hidup ini kita
harus memperlakukan orang lain sebagai tamu kita dan kita harus bersikap sebagai tuan rumah
yang baik.
Kita harus mendidik anak kita untuk memperlakukan orang yang lebih tua dengan lebih
hormat daripada mereka cara mereka melayan rakan-rakan mereka. Mungkin bukan sudah
zamannya kita memanggil ”Tuan” atau ”Puan”, namun kita masih dapat berharap anak remaja
untuk menggunakan panggilan hormat, misalnya pakcik atau makcik dan memberikan tempat
duduk kepada orang yang lebih tua, wanita hamil atau orang cacat.
Kita juga harus mendidik remaja bahawa tingkah laku beradab dan sikap baik dapat
meningkatkan peluangnya untuk mencapai keinginannya. Orang umumnya akan bersifat positif
terhadap tingkah laku yang penuh hormat dan bersifat negatif terhadap sikap kasar.
Dalam memupuk sikap hormat kepada remaja, ibu bapa harus ingat bahawa sikap hormat
harus berlaku timbal-balik; jika tidak, komunikasi tidak akan berjalan lancar. Remaja sering
mengeluh bahawa dia tidak mendapatkan perlakuan atau layanan hormat dari ibu bapa atau
orang dewasa lain, dia benci diperlakukan seperti anak kecil dan tidak diperlakukan sebagai
remaja sesuai dengan usianya. Dia ingin didengarkan dan ingin pendapatnya dianggap serius.
Perlakuan yang diterima remaja sering dijadikan alasan untuk menilai tindakannya sendiri yang
tidak hormat.
Ibu bapa harus secara sedar memperlakukan anak-anaknya dengan hormat. Sebahagian
orang dewasa memperlakukan anak-anak tanpa sikap hormat, hanya kerana mereka dapat
melakukan hal itu tanpa takut dihukun. Kita harus sedar bahawa akibat daripada sifat negatif
yang kita tunjukkan, bakal diwarisi oleh generasi kita yang seterusnya.
Ibu bapa harus menghormati anak remajanya yang sedang membesar dan bakal menjadi
dewasa, menghormati minat mereka dalam muzik hinggalah kepada ideologi politik yang mereka
pegang.
Hormat-menghormati tidak mengira siapa

Subscribe to:
Comments (Atom)